Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

The 6th Tri Annual Meeting On Piracy And Maritime Security

Published: 09 Jun 2014 1.50 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Seramai 239 peserta dari 37 negara telah menghadiri The 6th Tri-Annual Meeting On Piracy And Maritime Security di Kuala Lumpur bermula 12 hingga 13 Jun 2007...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-6th-tri-annual-meeting-on-piracy-and-maritime-security
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:47 MYT

Tanjung Harapan, Port Klang - 13 Jun 2007. Seramai 239 peserta dari 37 negara telah menghadiri The 6th Tri-Annual Meeting On Piracy And Maritime Security di Kuala Lumpur bermula 12 hingga 13 Jun 2007.

Pada 13 Jun 2007, satu pertunjukkan menarik dari Polis Diraja Malaysia telah diadakan di perairan Tanjung Harapan, Port Klang. Keupayaan PDRM dipertontonkan kepada deligasi bagi membanteras sebarang kegiatan jenayah seperti penculikan keatas anak kapal ataupun rampasan kapal di sekitar Selat Melaka dan juga Laut Cina Selatan. Pertunjukkan tersebut melibatkan Pasukan Marin PDRM, Unit Udara PDRM, Pasukan Gerakan Khas Vat 69 dan juga Jabatan Laut Malaysia.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH SAC I Mohmad bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH SAC II Dato' Hj. Jalaluddin bin Hj. Abdul Rahman, Komander Marin PDRM, Kapten P. Mukundan, Pengarah Maritim Antarabangsa serta pegawai-pegawai kanan PDRM dan juga orang ramai yang menyaksikan pertunjukkan tersebut.

The 6th Tri Annual Meeting On Piracy And Maritime Security
Kapal Ronda PA 3 bersama Kapal Jabatan Laut Malaysia yang terlibat didalam pertunjukkan peralatan dan tindakan mengempur penjenayah di perairan

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.50 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM