Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tetamu Selongkar Bilik Pengantin Ditangkap

Diterbitkan: 24 Aug 2016 4.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang pencuri menyamar sebagai tetamu majiis perkahwinan sebelum menyelinap dan menyelongkar bilik pengantin ketika majiis persandingan sedang berlangsung.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tetamu-selongkar-bilik-pengantin-ditangkap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:18 MYT

Seorang pencuri menyamar sebagai tetamu majiis perkahwinan sebelum menyelinap dan menyelongkar bilik pengantin ketika majiis persandingan sedang berlangsung.

Dalam kejadian jam 1.35 petang Ahad lalu, suspek berusia 43 tahun itu dikesan muncul di sebuah rumah yang melangsungkan majiis perkahwinan di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, SUPT. Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, suspek dikatakan berpura-pura bersembang bersama tetamu lain sebelum masuk ke dalam rumah dengan alasan mahu melihat pengantin.

Suspek masuk ke bilik utama dan mcnyolongkar perkakas untuk mencari barangan berharga. Dia kemudiannya mengambil wang tunai RM2,000 milik bapa pengantin lelaki yang diletakkan di dalam almari baju.

Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga esok untuk siasatan Ianjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan.

Sumber: Harian Metro

Tetamu Selongkar Bilik Pengantin Ditangkap
ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2016 4.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM