Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tersalah Tilik Ketika Menyamun

Published: 16 Jun 2014 8.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
TUNTUTAN ILMU HITAM TIDAK MENJADI : Ketaksuban sekumpulan empat lelaki Indonesia bersenjatakan parang dan kerambit terhadap ilmu pelangkah yang dipercayai dapat melindungi penjenayah daripada ditahan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tersalah-tilik-ketika-menyamun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:37 MYT
Tersalah Tilik Ketika Menyamun
 
>
TUNTUTAN ILMU HITAM TIDAK MENJADI : Ketaksuban sekumpulan empat lelaki Indonesia bersenjatakan parang dan kerambit terhadap ilmu pelangkah yang dipercayai dapat melindungi penjenayah daripada ditahan tidak bertahan lama apabila tiga daripadanya dapat ditangkap di Sungai Chua di sini.

Suspek-suspek berusia lingkungan 30 dan 40-an tersebut ditahan pada pukul 9.05 malam, 7 Oktober lalu selepas polis menjalankan siasatan mengenai satu kejadian pecah rumah di Batu 14, Hulu Langat yang mengakibatkan mangsa kerugian RM8,000 sehari sebelum itu.

Selain tangkapan, polis dapat merampas beberapa barang curi seperti lima bentuk cincin, seutas gelang, sepasang subang, telefon bimbit, sembilan surat pajak, kad pelangkah, sebilah pisau kerambit dan kad Touch n’ Go.

Suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber : Kosmo Online

Tersalah Tilik Ketika Menyamun
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM