Terima Laporan Polis Akan Siasat Nazri
Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung kenyataannya terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menerima beberapa laporan yang dibuat terhadap menteri tersebut.
"Kita akan merekodkan kenyataan menteri itu (Nazri) bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam,” katanya.
Sumber : Sinar Harian