Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Terima Kasih Saudara Syahril A Kadir Semangat Pasukan Tidak Pernah Luntur

Diterbitkan: 11 Aug 2020 9.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Syahril A. Kadir yang sering mengetengahkan kisah keperwiraan warga pasukan keselamatan khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tatapan umum.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terima-kasih-saudara-syahril-a-kadir-semangat-pasukan-tidak-pernah-luntur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:27 MYT

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Syahril A. Kadir yang sering mengetengahkan kisah keperwiraan warga pasukan keselamatan khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tatapan umum.

Selama 213 tahun Pasukan ini ditubuhkan, tugas menjaga keamanan dan kedaulatan negara semakin hari menjadi lebih mencabar dan kompleks.

Perjuangan berdepan dengan pengganas komunis, mematahkan serangan kumpulan militan, berkorban nyawa mempertahankan pencerobohon musuh di sempadan negara, hinggalah menjadi barisan hadapan dalam membendung wabak COVID-19, merupakan antara perjuangan warga PDRM yang pernah, sedang dan akan terus dilaksanakan selagi nyawa dikandung badan.

Besarlah harapan kami agar setiap titisan keringat dan darah perwira-perwira negara yang selama ini berjuang mempertahankan kesejahteraan rakyat akan terus dihargai dan dikenang buat selama-lamanya.

Sesungguhnya inilah jihad kami demi agama, bangsa dan negara. 🇲🇾❤️

Sumber: Syahril A. Kadir

Image may contain: 12 people, crowd, text that says 'KEPALA'
ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2020 9.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM