Terima Kasih Saudara Syahril A Kadir Hero Sang Saka Biru Terus Kekal Di Ingatan
Ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Saudara Syahril A. Kadir yang tidak pernah jemu mengetengahkan kisah keperwiraan warga pasukan keselamatan khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tatapan umum.
Mendiang ACP (B) S. Kulasingam yang terkenal dengan keberaniannya bukan nama asing dalam pasukan PDRM.
Ketokohan beliau terserlah apabila memegang beberapa jawatan penting dalam PDRM dan mencatatkan kejayaan cemerlang buat Pasukan.
Ikuti bingkisan coretan berkaitan sumbangan dan jasa yang dicurahkan oleh mendiang ACP (B) S. Kulasingam menerusi temu bual bersama saudara Syahril A. Kadir.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mendiang tiada galang gantinya. 🇲🇾❤️
Sumber: Syahril A. Kadir
