Bukit Aman, 23 Mac 2012 -
"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
masyarakat dan kerajaan serta warga polis yang sentiasa memberi komitmen
yang jitu dalam menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan PDRM selama
ini," ucap YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara dalam
wawancara sempena Hari Polis ke-205 pada petang ini.
Wawancara yang diadakan di Dewan Theatrette menara 1 Bukit Aman ini turut membincangkan perkara berkaitan sambutan Hari Polis yang ke-205 yang akan disambut pada 24 Mac 2012 ini dan juga turut menyentuh berkenaan Tema Sambutan Hari Polis Tahun ini serta usaha-usaha yang diambil bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan PDRM untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Turut hadir YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara bersama Pengarah-pengarah Jabatan PDRM semasa wawancara.

Antara wakil media yang hadir.

Barisan Kepimpinan Tertinggi PDRM mempamerkan keratan akhbar berkenaan Polis.
Jurufoto & wartawan :L/Kpl Raymond