Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Terima Balasan Selepas Persenda Anggota Polis

Diterbitkan: 29 Feb 2016 12.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Alor Gajah - Tindakan seorang penunggang melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikalnya bagi mempersendakan anggota polis memakan diri apabila dia cedera selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/terima-balasan-selepas-persenda-anggota-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:18 MYT

Alor Gajah - Tindakan seorang penunggang melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikalnya bagi mempersendakan anggota polis memakan diri apabila dia cedera selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas.

Malah, lelaki berusia 20-an yang dipercayai menunggang di bawah pengaruh alkohol itu menangis kerana risau dikenakan tindakan oleh sepasukan anggota polis akibat tindakannya itu.

Lelaki itu adalah antara 53 penunggang dan pembonceng motosikal ditahan bagi menjalani pemeriksaan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Alor Gajah di Lebuh Alor Gajah Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kawasan Perindustrian Pegoh, di sini, bermula 1 pagi semalam.

Sumber: Harian Metro

Terima Balasan Selepas Persenda Anggota Polis
ArtikelDiterbitkan 29 Feb 2016 12.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM