Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk

Diterbitkan: 08 Oct 2014 2.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Senior Deputi Komisioner (SDCP) Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Am/Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang) telah mengisi kekosongan jawatan Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM manakala jawatan Pengarah JPJKK telah diisi oleh CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Kontinjen Perak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/teraju-baharu-jabatan-kdn-ka-dan-jpjkk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:10 MYT
Kuala Lumpur, 7 Okt – Kekosongan jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diisi secara rasminya dalam satu majlis serah terima tugas di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.

Senior Deputi Komisioner (SDCP) Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Am/Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang) telah mengisi kekosongan jawatan Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM manakala jawatan Pengarah JPJKK telah diisi oleh CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Kontinjen Perak.

Upacara serah terima tugas telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar.

Dalam ucapan Ketua Polis Negara pada hari ini, beliau percaya dengan pengalaman dan pendedahan yang ada pada kedua pengarah baharu ini dapat membantu dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta meraih kecemerlangan yang dapat menjulang nama PDRM baik di peringkat lokal atau di persada antarabangsa.

Majlis pada hari ini turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kanan PDRM serta upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDN/KA dan Pengerusi PERKEP JPJKK.

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Ketibaan Ketua Polis Negara...

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
antara pimpinan-pimpinan tertinggi PDRM yang hadir..

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara pemakaian pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani...

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara pemakaian pangkat Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP) kepada Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim.. 

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara pemakaian pangkat kepada antara pegawai-pegawai kanan PDRM. 

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara pemakaian pangkat kepada antara pegawai-pegawai kanan PDRM.

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara pemakaian pangkat kepada antara pegawai-pegawai kanan PDRM.

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara serah terima tugas di antara SAC Dato' Amer bin Haji Awal dan S/DCP Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim.. 

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara serah terima tugas di antara DCP Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd dan CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani.. 

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara serah terima tugas Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA di antara Datin Mastura binti Abdul Karim dan Datin Normah binti Mohd Shah..

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Upacara serah terima tugas Pengerusi PERKEP JPJKK di antara Datin Hajjah Musalma binti Mohd Saman dan Datin Engr. Zaitun binti Mohd. Isa..

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Barisan pimpinan baharu Polis Diraja Malaysia 

Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Sesi bergambar kenangan... 
ArtikelDiterbitkan 08 Oct 2014 2.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM