Article
Teraju Baharu Jabatan Kdn Ka Dan Jpjkk
Senior Deputi Komisioner (SDCP) Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Am/Pengur...
Kuala Lumpur, 7 Okt – Kekosongan jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diisi secara rasminya dalam satu majlis serah terima tugas di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.
Senior Deputi Komisioner (SDCP) Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Am/Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang) telah mengisi kekosongan jawatan Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM manakala jawatan Pengarah JPJKK telah diisi oleh CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Kontinjen Perak.
Upacara serah terima tugas telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar.
Dalam ucapan Ketua Polis Negara pada hari ini, beliau percaya dengan pengalaman dan pendedahan yang ada pada kedua pengarah baharu ini dapat membantu dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta meraih kecemerlangan yang dapat menjulang nama PDRM baik di peringkat lokal atau di persada antarabangsa.
Majlis pada hari ini turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kanan PDRM serta upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDN/KA dan Pengerusi PERKEP JPJKK.

Ketibaan Ketua Polis Negara...
antara pimpinan-pimpinan tertinggi PDRM yang hadir..
Upacara pemakaian pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani...
Upacara pemakaian pangkat Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP) kepada Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim..
Upacara pemakaian pangkat kepada antara pegawai-pegawai kanan PDRM.

Upacara serah terima tugas di antara SAC Dato' Amer bin Haji Awal dan S/DCP Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim..
Upacara serah terima tugas di antara DCP Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd dan CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani..
Upacara serah terima tugas Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA di antara Datin Mastura binti Abdul Karim dan Datin Normah binti Mohd Shah..
Upacara serah terima tugas Pengerusi PERKEP JPJKK di antara Datin Hajjah Musalma binti Mohd Saman dan Datin Engr. Zaitun binti Mohd. Isa..
Barisan pimpinan baharu Polis Diraja Malaysia
Sesi bergambar kenangan...