Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tepuk Bahu

Published: 18 Jul 2014 5.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Apakah yang dimaksudkan dengan “Tepuk Bahu”? Tepuk bahu ialah satu taktik memperdaya dengan menepuk bahu mangsa di mesin ATM dan mengambil kad ATM milik mangsa. Pada kebiasaannya suspek bergerak secar..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tepuk-bahu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:49 MYT
Tepuk Bahu

Tepuk Bahu


SCAM ALERT : Apakah yang dimaksudkan dengan “Tepuk Bahu”? Tepuk bahu ialah satu taktik memperdaya dengan menepuk bahu mangsa di mesin ATM dan mengambil kad ATM milik mangsa. Pada kebiasaannya suspek bergerak secara berkumpulan (2 - 3 orang).

1. Mangsa sedang membuat transaksi di mesin ATM akan disapa dari belakang memberitahu bahawa duit mangsa telah jatuh di atas lantai.

2. Apabila mangsa menoleh, kesempatan ini digunakan oleh suspek yang seorang lagi untuk mengambil kad ATM mangsa dan menggantikan satu kad ATM orang lain.

3. Mangsa kemudian membuat transaksi melalui mesin ATM menggunakan kad tersebut tetapi gagal dan pada masa yang sama suspek telah membuat pengeluaran dengan menggunakan kad ATM mangsa.

4. Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila mendapati wang di dalam akaun telah dikeluarkan tanpa kebenaran
ArticlePublished 18 Jul 2014 5.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM