Tenpin Bowling Terbuka Perkep Jabatan Pengurusan
Bandar Sunway - 3 Julai 2009. Tenpin Bowling Terbuka Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) Jabatan Pengurusan telah di adakan di Megalanes Bowl, Sunway Pyramid pada jam 3.00 petang.
Y.Bhg Datin A'ain Zubaidah bt Haji Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Hadir sama ialah YDH SAC I Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) serta Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.
Selain bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dikalangan pemain-pemain, ianya juga dapat menonjolkan kehebatan masing-masing bagi merebut hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur. Pertandingan ini juga adalah satu riadah yang dapat memberi dan mengekalkan tahap kesihatan semasa bertanding.
Sebanyak 48 pasukan telah berentap untuk menentukan juara bagi kategori yang disediakan. Setiap pasukan disertai seramai 4 orang pemain dan setiap pemain akan bermain sebanyak 5 frame. Johan bagi kategori kumpulan telah diungguli oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dengan jatuhan pin sebanyak 3,602, Trafik Kuala Lumpur di tempat Kedua dengan jatuhan pin sebanyak 3,449, Ketiga IPD Dang Wangi yang berjaya menjatuhkan 3,386 pin, Keempat IPD Gombak (2) dan kelima pasukan Tornado. Bagi kategori individu lelaki, balingan terbanyak ialah Encik Hafiz dari IPD Shah Alam dengan jatuhan pin sebanyak 964 dan wanita pula ialah Puan Norazizan dari IPD Putrajaya dengan jatuhan 907 pin.

Antara pasukan yang bertanding...

Bersemangat memulakan permainan

Gaya balingan salah seorang pemain...

SM Rokiah bt Ismail menerima cenderahati dari Y.Bhg Datin A'ain sebagai 'Most Senior Veteran Player'

Johan kumpulan diungguli oleh pemain dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam