Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Temuduga Sukarelawan Simpanan Pdrm Di Kelantan Mulai 2 Sept

Published: 29 Aug 2014 8.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 29 Ogos - Temuduga terbuka untuk pengambilan anggota sukarelawanan simpanan Polis Diraja Malaysia akan diadakan di Kelantan selama tiga hari mulai Selasa ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/temuduga-sukarelawan-simpanan-pdrm-di-kelantan-mulai-2-sept
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:52 MYT


Kota Bharu, 29 Ogos - Temuduga terbuka untuk pengambilan anggota sukarelawanan simpanan Polis Diraja Malaysia akan diadakan di Kelantan selama tiga hari mulai Selasa ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata terdapat 450 kekosongan di negeri ini.

Beliau berkata temuduga akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, IPD Machang dan IPD Gua Musang dari 2 hingga 6 Sept.

Mereka yang berminat boleh mendaftar nama di lokasi temuduga, katanya.

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa tempat yang dikenal pasti sempena sambutan Ambang Merdeka.

"Akan ada pasukan untuk mencegah jenayah pada malam Ambang Merdeka untuk mengelak orang ramai daripada bertindak di luar batasan," katanya kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai/Anggota Pangkat Rendah dan Penyampaian Pingat Kebaktian Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) di sini hari ini.

Sebanyak 68 anggota SSPDRM menerima kenaikan pangkat manakala 14 lagi menerima pingat kebaktian. - BERNAMA

ArticlePublished 29 Aug 2014 8.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM