Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tempoh Kelonggaran Senarai Hitam Telah Tamat

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Tempoh kelonggaran untuk senarai hitam telah tamat', ujar Ketua Trafik Pasukan, YDH Dato' Abd. Aziz bin Yusof semasa sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman petang ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tempoh-kelonggaran-senarai-hitam-telah-tamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:50 MYT
Bukit Aman, 1 Mac 2011 - "Tempoh kelonggaran untuk senarai hitam telah tamat", ujar Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato' Abd. Aziz bin Yusof semasa sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman petang ini.

Tegas beliau, pesalah trafik yang tidak menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh 2 bulan secara automatik akan
disenaraihitamkan, berkuatkuasa 1 Mac 2011. Implikasi disenaraihitam menyebabkan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan tidak dapat dilakukan sehinggalah pesalah trafik menyelesaikan semua saman trafik yang dikenakan. 
YDH Dato' Abd. Aziz turut menegur sikap segelintir orang ramai yang suka melengah-lengahkan bayaran saman sehingga ke saat akhir, menyebabkan kaunter pembayaran saman sesak teruk hingga tengah malam semalam. 

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, dari tahun 2000 hingga Februari 2011, sejumlah 49,429,196 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan hanya 31,922,666 saman telah diselesaikan manakala 17,319,030 masih lagi tertunggak.

Secara keseluruhan, jumlah saman yang selesai dijelaskan dalam tempoh kelonggaran yang diumum oleh kerajaan pada Ogos 2010 hingga semalam, (28 Februari 2011) adalah sebanyak 5.5 juta.
 
Tempoh Kelonggaran Senarai Hitam Telah Tamat
YDH SAC Dato' Abd. Aziz bin Yusof semasa sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette Menara 1 Bukit Aman..

Jurufoto    : Konst Mohd Helmi bin Saadin
Wartawan   : L/Kpl Azima binti Zakaria
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abd Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM