Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Telefon Bimbit Punca Utama Nahas

Published: 26 Sep 2018 4.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
#JomBeringat Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit ketika memandu? Sekiranya ya, adakah anda tahu penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya?
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/telefon-bimbit-punca-utama-nahas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:14 MYT
#JomBeringat 

Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit ketika memandu? Sekiranya ya, adakah anda tahu penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya?

Tidak dinafikan kewujudan telefon pintar dengan pelbagai kemudahan telah banyak mengubah kehidupan kita menjadi lebih mudah. Tetapi, perbuatan memandu sambil menggunakan telefon adalah membahayakan lebih-lebih lagi apabila kita menggunakannya untuk melayari laman sosial, mengambil gambar atau mencari lokasi. 

Menggunakan telefon ketika memandu merupakan kesalahan di bawah Kaedah 17A Dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959), yang boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300. 

Ingatlah, nyawa boleh melayang disebabkan kecuaian anda.
Telefon Bimbit Punca Utama Nahas

ArticlePublished 26 Sep 2018 4.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM