Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Nafi Laporan Kanak Kanak Diliwat Oku Di Pantai Dalam

Diterbitkan: 24 Sep 2018 1.23 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 24 September 2018 - Polis menafikan laporan sebuah portal berita tempatan yang melaporkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun diliwat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-laporan-kanak-kanak-diliwat-oku-di-pantai-dalam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Kuala Lumpur, 24 September 2018 - Polis menafikan laporan sebuah portal berita tempatan yang melaporkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun diliwat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe berkata kanak-kanak itu sebenarnya terjatuh tangga dari tingkat 20 ke tingkat 19 dalam kejadian di Flat Kondo Rakyat, Pantai Dalam pada 12 Sept lepas.

“Kes yang dilaporkan itu tidak betul. Memang ada kejadian kanak-kanak jatuh dari tangga tingkat 20 ke tingkat 19 di Kondo Rakyat. Bukan diliwat dan dicampak oleh seorang lelaki OKU yang mengalami sakit mental.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan sehingga rakaman percakapan mangsa diambil kerana buat masa ini pegawai perubatan yang merawatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menasihatkan mangsa untuk berehat," katanya ketika dihubungi hari ini.

ArtikelDiterbitkan 24 Sep 2018 1.23 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM