Tangkap Pengedar Dadah
Alor
Gajah - 18 Jun 2009. Sepasukan anggota polis dari Cawangan Narkotik IPD
Alor Gajah, Melaka yang diketuai oleh Insp Abd Halim bin Ithnin telah
berjaya menumpaskan pengedaran dadah di sekitar Daerah Alor Gajah.
Dalam
serbuan di sebuah rumah di Masjid Tanah, polis telah berjaya menahan
seorang lelaki dan merampas 5 peket lut sinar dipercayai dadah jenis
heroin seberat 11 gram. Hasil ujian air kencing terhadap suspek
mendapati lelaki tersebut juga positif opiate. Dadah yang dirampas
dipercayai di bawa masuk dari Kuala Lumpur untuk diedarkan kepada
penagih-penagih sekitar kawasan Masjid Tanah. Lelaki tersebut akan
dihadapkan ke mahkamah dan akan dituduh dibawah Seksyen 39A (2) ADB 1952