KUALA TERENGGANU - Taktik terbaharu sindiket curi kenderaan yang melupuskan rangka kereta dengan menanamnya di dalam tanah berjaya dikesan pihak polis.
Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung La, Hulu Besut, Besut kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin dan menemui rangka kereta ditanam di belakang rumah berkenaan.
Bagaimanapun, jenis kereta yang dipercayai dicuri itu masih belum diketahui.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manorahan
berkata, taktik itu terbongkar susulan penahanan seorang penagih dadah
pada 27 Disember lalu di depan sebuah rumah di kampung itu.
