Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tanam Kereta Bagi Elak Dikesan

Published: 16 Jun 2014 8.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
TANAM KERETA BAGI ELAK DIKESAN : Taktik terbaharu sindiket curi kenderaan yang melupuskan rangka kereta dengan menanamnya di dalam tanah berjaya dikesan pihak polis. Kegiatan tersebut terbongkar sele..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanam-kereta-bagi-elak-dikesan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:46 MYT

KUALA TERENGGANU - Taktik terbaharu sindiket curi kenderaan yang melupuskan rangka kereta dengan menanamnya di dalam tanah berjaya dikesan pihak polis.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung La, Hulu Besut, Besut kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin dan menemui rangka kereta ditanam di belakang rumah berkenaan.

Bagaimanapun, jenis kereta yang dipercayai dicuri itu masih belum diketahui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manorahan berkata, taktik itu terbongkar susulan penahanan seorang penagih dadah pada 27 Disember lalu di depan sebuah rumah di kampung itu.

Tanam Kereta Bagi Elak Dikesan

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM