Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tanah Runtuh Terima Kasih Semua Ahli Pasukan Penyelamat Pihak Media Kerana Memastikan Sar Berjaya

Published: 25 Dec 2022 9.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Hulu Selangor, 25 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli pasukan penyelamat, rakan-rakan media serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali di sini berjaya dilaksanakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanah-runtuh-terima-kasih-semua-ahli-pasukan-penyelamat-pihak-media-kerana-memastikan-sar-berjaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT

Hulu Selangor, 25 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli pasukan penyelamat, rakan-rakan media serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali di sini berjaya dilaksanakan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani turut menyifatkan ia adalah satu-satunya operasi yang kesemua agensi penyelamat telah memainkan perananannya, sesuai dengan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara dengan tiada pertindihan tugas berlaku.

"Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terbabit, termasuk rakan media yang bertungkus-lumus sepanjang misi SAR ini. Saya sangat menghargai setiap pengorbanan dan kerjasama anda," ujar Tan Sri Acryl Sani.

Beliau turut mengumumkan bahawa operasi SAR di lokasi bencana, Father's Organic Farm di sini, ditutup secara rasmi pada jam 12 tengah hari tadi selepas pasukan operasi SAR merumuskan kesemua mangsa tragedi telah ditemui.

Dalam tragedi sedih tersebut, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya berjaya diselamatkan, manakala 31 meninggal dunia.

Penghargaan sekali lagi buat rakan-rakan ahli pasukan penyelamat, pihak media dan seluruh rakyat Malaysia yang telah bersatu teguh ketika negara dilanda tragedi, semoga segala amal baik kita mendapat balasan dari Yang Maha Esa.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 5 people, people standing, dog and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'WAN ACRYL SAN'

May be an image of 6 people, people standing, outdoors and text that says 'DAN PENYELAMAT PENY 1 ACRILSII MAR SMART S MALAYSIA MALAYSIA'

May be an image of 2 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'FAZAL TDM ACRYL SANI POLIS'

May be an image of 7 people, people standing, outdoors and text that says 'ச ACRYL POLIS ARJUNAIDI POLIS ダ'

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'LAMAT LEROY 15896 MALAYSIA'

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 11 people and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors


ArticlePublished 25 Dec 2022 9.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM