Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tanah Runtuh Pdrm Rakan Agensi Kekal Bersemangat Teruskan Operasi Sar Mangsa Hilang

Diterbitkan: 20 Dec 2022 1.42 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Selangor, 20 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama rakan-rakan agensi lain kekal bersemangat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanah-runtuh-pdrm-rakan-agensi-kekal-bersemangat-teruskan-operasi-sar-mangsa-hilang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT
 
Hulu Selangor, 20 Disember 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama rakan-rakan agensi lain kekal bersemangat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini.

Meskipun jelas terpapar keletihan pada wajah setiap petugas yang telah memasuki hari kelima operasi, namun tidak sedikit mereka mengeluh, malah berterusan bertugas dan mengharapkan agar kesemua mangsa berjaya ditemui semula.
Selain memiliki kekuatan pegawai dan anggota yang cekap serta terlatih, PDRM juga mempunyai aset-aset haiwan, komunikasi dan kenderaan yang membantu memudahkan misi pencarian.

Lebih kurang jam 2 petang tadi, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed turun ke lokasi kejadian bagi meninjau penugasan dan mengetahui perkembangan terkini operasi.

Setakat ini, seramai 24 nyawa terkorban manakala 61 terselamat dan kekal sembilan mangsa belum lagi ditemui dalam tragedi malang itu.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 12 people and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, camera, outdoors and text that says '0: POLIS G11 SHARIZAN POLIS'

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and text

May be an image of 8 people, people standing and outdoors
ArtikelDiterbitkan 20 Dec 2022 1.42 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM