Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tanah Runtuh Pasukan Penyelamat Tidak Putus Asa Teruskan Misi Sar Hingga Berjaya

Diterbitkan: 22 Dec 2022 2.24 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Selangor, 22 Disember 2022 – Menginjak hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, bagai ada sinar di hujung jalan apabila pasukan penyelamat berjaya menemukan empat lagi mangsa bencana tanah runtuh di Batang Kali, Selangor hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanah-runtuh-pasukan-penyelamat-tidak-putus-asa-teruskan-misi-sar-hingga-berjaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:12 MYT
Hulu Selangor, 22 Disember 2022 – Menginjak hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, bagai ada sinar di hujung jalan apabila pasukan penyelamat berjaya menemukan empat lagi mangsa bencana tanah runtuh di Batang Kali, Selangor hari ini.

Dengan penemuan tersebut, ianya menyuntik semangat bagi keseluruhan jentera penyelamat untuk melaksanakan misi SAR ini sehingga berjaya dan tidak sesekali berputus asa walaupun perlu mempertaruhkan keselamatan diri masing-masing.

Polis Diraja Malaysia bersama pasukan sahabat lain sedang giat berusaha sehabis baik menggunakan semua elemen yang ada secara optimum meskipun terpaksa meredah selut dan keadaan tanah yang semakin padat ekoran berhadapan keadaan cuaca hujan lebat.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed bercakap pada sidang media petang tadi menyatakan jumlah sebenar mangsa keseluruhannya ialah seramai 92 orang.

Sehubungan itu, hanya tinggal seorang sahaja lagi mangsa yang masih hilang, menjadikan seramai 30 orang disahkan telah terkorban dan 61 dilaporkan selamat.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, dog and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2022 2.24 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM