Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tanah Runtuh Mangsa Terakhir Dijumpai

Diterbitkan: 24 Dec 2022 11.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Selangor, 24 Disember 2022 - Penantian selama sembilan hari berakhir apabila mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat di lokasi bencana tanah runtuh Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanah-runtuh-mangsa-terakhir-dijumpai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:59 MYT

Hulu Selangor, 24 Disember 2022 - Penantian selama sembilan hari berakhir apabila mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat di lokasi bencana tanah runtuh Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, petang tadi.

Operasi yang bermula seawal jam 7.30 pagi tertumpu di sektor A (Hillview) dengan disertai pelbagai aset daripada agensi-agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia dan melibatkan 10 ekor anjing pengesan (K9) serta jengkaut untuk memudahkan operasi SAR.

Mangsa ke-31 itu yang merupakan mangsa terakhir dijumpai dan dibawa keluar sekitar jam 5 petang oleh pasukan SAR.

Tragedi runtuhan tanah yang telah meragut puluhan nyawa berlaku pada 16 Disember lalu berjaya dinoktahkan pada hari ini apabila mangsa terakhir dibawa keluar dan seterusnya ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua agensi terlibat dalam menjayakan operasi mencari mangsa yang hilang akibat timbusan tanah. Tidak lupa doa dan tidak berbelah bahagi daripada rakyat Malaysia kepada anggota keselamatan yang bertugas sepanjang tempoh pencarian.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 10 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 9 people, people standing and outdoors


May be an image of 2 people, people standing, animal and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, animal, outdoors and text

May be an image of 2 people, outdoors and text that says 'CID'

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and tree

May be an image of 3 people, outdoors and tree
ArtikelDiterbitkan 24 Dec 2022 11.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM