Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tanah Runtuh Leo Dan Reed Antara Wira Unit K9 Pdrm Yang Tidak Didendang

Published: 19 Dec 2022 2.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sedar atau tidak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor, Selangor sudah pun memasuki hari keempat, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tanah-runtuh-leo-dan-reed-antara-wira-unit-k9-pdrm-yang-tidak-didendang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:48 MYT
Sedar atau tidak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor, Selangor sudah pun memasuki hari keempat, hari ini.

Selain kekuatan dan kebijaksanaan manusia menjayakan operasi SAR tersebut, ada makhluk lain yang turut 'berpadu tenaga' dalam memastikan mangsa-mangsa tertimbus dapat ditemui di lokasi kejadian yang menyayat hati itu.

Sejak hari pertama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan sebanyak enam ekor anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah yang mana, dua daripadanya ialah Leo (warna hitam) dan Reed (warna coklat).

Dari 'raut wajah' Leo dan Reed, dapat dilihat kesungguhan dan keletihan yang dialami oleh kedua-dua ekor wira tidak didendang ini, demi memastikan baki sembilan lagi mangsa yang hilang berjaya ditemui semula.

Tabik hormat buat Leo dan Reed! Terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara.

Tanah Runtuh Leo Dan Reed Antara Wira Unit K9 Pdrm Yang Tidak Didendang

May be an image of 1 person, dog and outdoors

May be an image of 11 people, dog and outdoors

May be an image of 1 person, dog and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

ArticlePublished 19 Dec 2022 2.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM