
Tan Sri Razarudin Terima Watikah Pelantikan Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 16 Mac 2023 - DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima watikah pelantikan secara kontrak selepas bersara, sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) berkuat kuasa 16 Mac 2023 hingga 15 Mac 2025 daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini.
Majlis serba ringkas tersebut turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan barisan pengarah PDRM serta pegawai kanan polis.
Bagi pihak seluruh warga Pasukan, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta selamat bertugas buat Tan Sri Razarudin Husain.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin