Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tan Sri Razarudin Rasmi Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat Madani 2025 Kpn

Diterbitkan: 15 Jun 2025 12.22 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.55 PM
Kuala Pilah, 15 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi merasmikan Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 - KPN di Kompleks Institut Pengajian Tasawuf, Kampung Parit Seberang, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-razarudin-rasmi-program-keharmonian-masyarakat-kampung-angkat-madani-2025-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:35 MYT
Kuala Pilah, 15 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi merasmikan Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 - KPN di Kompleks Institut Pengajian Tasawuf, Kampung Parit Seberang, di sini.

Ketibaan Tan Sri Razarudin telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Program Kampung Angkat MADANI merupakan suatu pendekatan “Whole of Government” yang menyentuh denyut nadi rakyat bagi melengkapi keperluan asas dan infrastruktur setiap kampung yang terpilih.

Dalam ucapannya, Tan Sri Razarudin berkata, pemilihan Kampung Parit Seberang sebagai Kampung Angkat MADANI 2025 dibuat berdasarkan penilaian tahap kemudahan di bawah 50 peratus atau prasarana tidak lengkap serta memerlukan perhatian khusus.

“Selain merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar secara holistik, program ini menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan yang terbaik melalui kolaborasi kementerian, jabatan, agensi dan universiti awam,” ujarnya.

Tan Sri Razarudin turut merakamkan penghargaan atas sokongan serta penglibatan aktif penduduk setempat dalam menjayakan program tersebut yang secara kebetulan merupakan kampung kelahiran beliau sendiri.

Malah kehadiran ibunda tercinta, Puan Rahmah Abdul Rahman telah menjadikan program tadi begitu bermakna buat Tan Sri Razarudin.

Gimik perasmian yang penuh dengan aksi hebat telah dijayakan oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan dengan diketuai oleh ASP Noor Azhar Noor Mohamad.

Terdahulu, hadirin disajikan dengan persembahan seni mempertahankan diri Pancang 12 yang menggunakan cota dan perisai oleh anggota Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan Kontinjen negeri.

Sebagai sebahagian daripada agenda kebajikan program, Tan Sri Razarudin berbesar hati menyampaikan bantuan berupa bakul Rahmah kepada 20 keluarga terpilih.

Selain itu, pelbagai pengisian turut diadakan seperti sesi ceramah kesedaran keselamatan, pemeriksaan kesihatan percuma dan pameran perkhidmatan oleh agensi kerajaan termasuk tawaran diskaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan-kesalahan terpilih.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Hj. Jalaluddin Hj. Alias, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Dato’ Rozitta Sulaiman, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato’ Adnan Abu Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Pilah, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato‘ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan KP negeri, SAC Muhammad Idzam Jaafar, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung merangkap Ketua Kampung Parit Seberang, Encik Hasnan Abdul Malek.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.



May be an image of 10 people, dais and text that says 'KAMPUNG MADANI LKS'

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2025 12.22 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.55 PM