
Tan Sri Razarudin Pengerusikan Mesyuarat Ig S Update Bilangan 2 2024 Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 8 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat IG's Update Bilangan 2/2024 yang membincangkan beberapa pembentangan dan cadangan berkaitan pengurusan Pasukan di Bilik Mesyuarat KPN, di sini.
Mesyuarat turut dihadiri oleh barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sekretariat daripada Urus Setia KPN yang diketuai oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Antara perkara perkara yang dibentangkan kepada Tan Sri Razarudin ialah berkenaan pembaharuan memorandum perjanjian berkaitan pendidikan di antara PDRM dengan institusi universiti awam, penambahbaikan lokap PDRM dan taklimat cadangan penubuhan sel perunding PDRM.
Ianya adalah mesyuarat susulan IG's Update Bilangan 1/2024 yang diadakan pada 9 Januari lalu.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan