
Article
Tan Sri Razarudin Pemimpin Dekat Di Hati Warga Sang Saka Biru 20250620
Gambar sekitar Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara (KPN) serta Perbarisan Persaraan dan Paluan Berundur KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain yang diadakan...
Gambar sekitar Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara (KPN) serta Perbarisan Persaraan dan Paluan Berundur KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain yang diadakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, petang tadi.
Tan Sri Razarudin telah menyerahkan jawatan nombor satu dalam PDRM itu kepada penggantinya, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail yang disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Turut berlangsung Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia di antara Puan Sri Datuk Zainah Othman dengan penyandang baharu, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose sambil disaksikan oleh Datin Seri Norhayati Musa merangkap Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Kementerian Dalam Negeri.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.