Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tan Sri Razarudin Ketuai Delegasi Ke Mesyuarat Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Di Bawah Sspa

Published: 16 Dec 2024 9.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 16 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengetuai delegasi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Mesyuarat Penambahbaikan Perkhidmatan PDRM Di Bawah Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-razarudin-ketuai-delegasi-ke-mesyuarat-penambahbaikan-perkhidmatan-pdrm-di-bawah-sspa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Putrajaya, 16 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengetuai delegasi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Mesyuarat Penambahbaikan Perkhidmatan PDRM Di Bawah Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat tersebut bagi membincangkan permohonan PDRM mengenai cadangan penambahbaikan di bawah SSPA untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan warga Pasukan yang terlibat dalam pemilihan skim tersebut.

Antara perkara induk yang dibincangkan menerusi mesyuarat tersebut termasuklah hak kesamarataan skim perkhidmatan PDRM sebagai mana syor Persatuan Pegawai Kanan Polis yang diangkat kepada pucuk pimpinan negara melibatkan kesetaraan gred, kemajuan kerjaya, penambahbaikan Skim Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli serta beberapa bayaran insentif dalam PDRM.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Timbalan KPPA (Pembangunan), Datuk Dr. Anesee Ibrahim, DCP Dasar Sumber Manusia PDRM Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md Akhir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bukit Aman, SAC Mohd Zaini Abu Hassan serta wakil-wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Dalam Negeri.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali

May be an image of 3 people, the Oval Office and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

ArticlePublished 16 Dec 2024 9.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM