Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tan Sri Razarudin Husain Dianugerah Darjah Bintang Dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

Diterbitkan: 24 Aug 2023 10.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Melaka, 24 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dianugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tan-sri-razarudin-husain-dianugerah-darjah-bintang-dan-pingat-kebesaran-negeri-melaka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:02 MYT
Melaka, 24 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dianugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, di sini, hari ini.

Dalam istiadat tersebut, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali telah menganugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) kepada Tan Sri Razarudin yang membawa gelaran 'Datuk Seri' pada istiadat penganugerahan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, SAC Datuk Suryani Sungit, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Melaka, ACP Datuk Mohamed Mahat serta pesara SAC Datuk Baharudin Mustapha dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersama 60 individu yang lain.

Dalam istiadat yang sama, seramai tujuh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing turut dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.), Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KPN dan barisan penerima penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi tahun 2023.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 11 people and text

May be an image of ‎2 people, dais and ‎text that says '‎Ûت برساتو Setinggi- tingg SEMPEN an Har KEPAD an YangT Haji Moh P.D.K., S.U.M. W., -

May be an image of 8 people, dais and text that says 'MERIN Setinggi-tinggi Setinggi Tahniah SEMPENA MELAKA BERSATU TEGUH Set P.S.M'

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 1 person, wedding and dais

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, headscarf, dais and text that says '@H IK L'

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 5 people, monument and text

May be an image of 6 people

May be an image of 10 people

May be an image of 1 person, clarinet and text

May be an image of 2 people, lighting and dais
ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2023 10.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM