
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Pengerusikan Mesyuarat Agung Kks Pdrm Kali Ke 16
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mempengerusikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Polis Diraja Mal...
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mempengerusikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kali ke-16 yang diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.
Seterusnya, Dato' Sri Azmi merasmikan penutupan mesyuarat dan berbesar hati menyampaikan Sumbangan Grant kepada 33 penerima yang terdiri daripada wakil Persatuan-persatuan PDRM dan Tabung Kebajikan, Sukan dan Sosial (TKSS) Kontinjen, Briged serta Formasi bagi menjayakan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial dalam kalangan warga Pasukan.
Hadir sama, barisan Ketua Polis dan Pesuruhjaya Polis negeri, wakil-wakil Persatuan Pegawai Kanan Polis, Persatuan Pegawai Rendah Polis serta Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis.
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM