
Article
Tan Sri Razarudin Dianugerah Gelaran Dato Seri Panglima
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin
Kuala Kangsar, 4 Mac 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain dianugerah Darjah Kebesaran Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Dato' Seri Panglima', hari ini.
Tan Sri Razarudin dianugerahkan darjah kebesaran itu dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah yang berlangsung di Istana Iskandariah, di sini.
Turut berangkat dalam istiadat tersebut ialah DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Dalam istiadat sama, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) yang membawa gelaran 'Dato' Seri'.
Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Dato' Pahlawan' kepada Ketua Cawangan Khas Kontinjen Perak, SAC Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Razarudin dan para penerima Darjah Kebesaran Negeri Perak pada tahun ini.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin