Taktik Telan Untuk Seludup Dadah Warga Bolivia Antara Yang
Bukit
Aman, 31 Okt – Prosedur kawalan dan pemeriksaan yang ketat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memaksa sindiket
penyeludupan dadah dari luar negara bertindak mempelbagaikan modus
operandi mereka.
Terbaru,
sindiket-sindiket dadah ini telah memilih lapangan-lapangan terbang
domestik dan pelbagai taktik baru dalam usaha mereka menembusi kawalan
pemeriksaan untuk menyeludup dadah ke dalam Malaysia.
Sindiket-sindiket
dadah ini telah bertindak merekrut warga asing seperti Bolivia,
Vietnam, Kemboja dan Nigeria dengan pelbagai pelbagai trend antaranya
menelan ketulan dadah kokain dalam bentuk cecair dan menyembunyikan
dadah dalam bagasi yang diubahsuai.
Namun,
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
terlebih dahulu mempertingkatkan tindakan bagi memastikan
kegiatan-kegiatan ini dibanteras sepenuhnya.
Hasil
daripada tindakan-tindakan yang telah diambil, JSJN PDRM dalam tempoh
seminggu ini telah berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan oleh
sindiket-sindiket tersebut dengan tertangkapnya 6 warganegara asing yang
terdiri daripada seorang lelaki Bolivia, dua lelaki warga Nigeria, dua
wanita Vietnam dan seorang wanita Kemboja dalam 5 tangkapan berasingan.
Tangkapan-tangkapan
ini juga menyaksikan sejumlah 9.87kg syabu serta 1.5kg cecair kokain
dirampas dan nilai rampasan dianggarkan RM2.7 juta.
Kesemua
suspek berusia lingkungan 25 hingga 41 tahun kini ditahan untuk
siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika
disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.




Sumber : Unit Portal Dan Facebook PDRM