Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Taktik Seludup Terbongkar

Published: 17 Jun 2014 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 59.3 Jalan Kuala Kangsar - Gerik di sini kelmarin secara tidak langsung membongkar cubaan menyeludup 97 kotak mercun. Semasa kejadian su..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taktik-seludup-terbongkar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:19 MYT
Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 59.3 Jalan Kuala Kangsar - Gerik di sini kelmarin secara tidak langsung membongkar cubaan menyeludup 97 kotak mercun.

Semasa kejadian suspek gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu terbabas sebelum terbalik menyebabkan berpuluh kota bertaburan di tepi jalan berkenaan.

Pemandu lori terbabit bersama seorang lelaki dipercayai ahli sindiket ditahan ketika cuba melarikan diri, namun tiga ahli sindiket yang mengiringi lori terbabit menaiki kenderaan pacuan empat roda Toyota Frontier sempat melarikan diri.

Kedua-dua yang ditangkap ditahan reman untuk soal siasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

SUMBER : SINAR HARIAN

Taktik Seludup Terbongkar
ArticlePublished 17 Jun 2014 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM