Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Taktik Seludup Dadah Dalam Kotak Cctv Terbongkar

Published: 18 Jun 2014 3.01 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Bukit Aman, 29 Okt – Tangkapan seorang lelaki tempatan bersama 3.82kg syabu di Panampang, Sabah pada 17 Oktober lalu telah membawa kepada pembongkaran taktik penyeludupan dadah dengan menyembunyikan 6..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taktik-seludup-dadah-dalam-kotak-cctv-terbongkar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:08 MYT
Taktik Seludup Dadah Dalam Kotak CCTV Terbongkar
 
>

Bukit Aman, 29 Okt – Tangkapan seorang lelaki tempatan bersama 3.82kg syabu di Panampang, Sabah pada 17 Oktober lalu telah membawa kepada pembongkaran taktik penyeludupan dadah dengan menyembunyikan 6.02kg syabu di dalam kotak kamera litar yang dihantar melalui khidmat kiriman kurier.

Taktik ini dikesan berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima oleh suspek yang memberitahu penghantaran kiriman ke satu alamat di Kota Kinabalu, Sabah pada 21 Oktober.

Bertindak atas maklumat tersebut, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di Kota Kinabalu dan merampas 15 kotak CCTV yang mana setiap kotak mengandungi CCTV dan sepaket syabu.

Nilai keseluruhan bagi dadah yang dirampas adalah RM2.75 juta.

Siasatan ke atas suspek diteruskan dan pihak JSJN Bukit Aman masih mengesan pengirim bungkusan tersebut dan ahli-ahli sindiket yang terlibat.

Sumber : Unit Portal Dan Facbook PDRM
ArticlePublished 18 Jun 2014 3.01 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM