Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Taktik Ahli Perniagaan Jual Dadah Terbongkar Syabu Bernilai Rm10 000 Dirampas

Published: 10 Aug 2018 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bau, 10 Ogos 2018 - Taktik licik seorang ahli perniagaan menjual dadah jenis syabu di daerah ini di sebalik beberapa perniagaan dimilikinya akhirnya terbongkar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taktik-ahli-perniagaan-jual-dadah-terbongkar-syabu-bernilai-rm10-000-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:17 MYT

Bau, 10 Ogos 2018 - Taktik licik seorang ahli perniagaan menjual dadah jenis syabu di daerah ini di sebalik beberapa perniagaan dimilikinya akhirnya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Mohd Sabri Zainol berkata, suspek berumur 20-an itu memiliki kolam ikan dan kedai runcit serta sebuah bengkel kereta dipercayai aktif menjalankan kegiatan menjual dadah sejak setahun lalu, selain untuk kegunaan sendiri.

"Pada Rabu (8 Ogos) kira-kira 10.45 malam, bertindak hasil maklumat awam dan risikan sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bau telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Segong.

"Hasil serbuan itu polis menjumpai ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 50.81 gram, bernilai kira-kira RM10,000.

"Polis turut menahan dua suspek, seorang wanita berumur 20-an dipercayai teman wanita suspek serta ibu suspek yang berumur 40-an. Suspek, bagaimanapun tiada di rumah ketika serbuan dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau, di sini hari ini.

Mohd Sabri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil ujian air kencing terhadap teman wanita suspek didapati positif dadah manakala ibunya negatif. Kedua-dua mereka direman tujuh hari bermula semalam (9 Ogos).

“Polis turut merampas dua kereta, rantai emas, satu rantai silver, tiga utas jam tangan, sebentuk cincin serta wang tunai RM1,000, semuanya dianggarkan bernilai RM108,050,” katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 10 Aug 2018 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM