Taklimat Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Sbpa
Kuala Lumpur - 29 November 2011
" Apa
yang menjadi keutamaan kepada kami bukannya noltalgia lampau, apatah
lagi populariti murahan. Yang terjunjung di atas jemala kami sebagai
kerajaan yang bertanggungjawab adalah menyediakan masa depan gemilang
buat semua anak-anak Malaysia. Sebuah masa depan bergermelapan, dengan
harapan dan kemakmuran, bukannya masa depan suram dicengkam ketakutan ",
kata-kata YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia masih segar dalam ingatan semasa pembentangan
bajet 2012.
Pada 7 Oktober 2011 lalu, semasa pembentangan Bajet 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan supaya Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan matlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia agar menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.
Pagi ini, bertempat Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur telah berlangsung satu Taklimat Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Sedikit
sebanyak mengenai agenda pada pagi itu adalah berkisar latar belakang
Transformasi Perkhidmatan Awam, Falsafah SBPA, Inisiatif Transformasi
Perkhidmatan Awam, Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam, Penilaian
Prestasi, Kadar Kenaikan Gaji Tahunan, Jadual Gaji Mengikut Pangkat,
Persaraan dan Faedah Persaraan.
"Pada kesempatan ini, saya bagi
pihak warga PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada YB Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan
pegawai-pegawai JPA yang sudi bersama-sama warga PDRM memberi penjelasan
lebih lanjut berkaitan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Keperihatinan
kerajaan kepada kakitangan awam sudah tentunya akan menjadi perangsang
kepada kami seluruh warga PDRM untuk meningkatkan lagi produktiviti dan
prestasi kerja yang terbaik", ujar YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
yang mewakili ucapan YDH Ketua Polis Negara.
"Ini akan
menyuntik semangat segenap lapisan warga PDRM untuk terus membudayakan
kecemerlangan dalam kerjaya untuk berkhidmat dengan lebih tekun,
sekaligus menyemarakkan budaya kerja berprestasi tinggi", mengakhiri
ucapan beliau pada pagi ini.
Antara yang hadir pagi ini adalah
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah mewakili YDH Ketua Polis Negara, Y.Bhg Datuk Farida binti Mohd
Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) mewakili
Y.Bhg Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YDH Dato' Shabuddin Abd Wahab,
Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Y.Bhg Yang Mulia
Raja Noor Zaedah binti Raja Ahmad, Pengarah Bahagian Saraan Jabatan
Perkhidmatan Awam, YDH Dato'-dato' Pengarah Jabatan, YDH
Timbalan-timbalan Pengarah, Y.Bhg Dato'-dato' Jabatan Perkhidmatan Awam,
Y.Bhg Pegawai-pegawai serta staff-staff Jabatan Perkhidmatan Awam, YDH
Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, YDH Ketua-ketua Kontinjen, YDH
Komander-komander, Anggota Polis dan Kakitangan Awam.
Selesai sesi taklimat, majlis telah disusuli dengan sesi soal jawab bagi mendengar kemusykilan antara hadirin yang hadir.

YDH
SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Perkhidmatan/Perjawatan
bersama Y.Bhg Yang Mulia Raja Noor Zaedah binti Raja Ahmad sementara
menanti ketibaan YDH Pengarah JSJ dan Y.Bhg Timbalan Ketua Pengarah JPA

YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM) disambut oleh YDH Ketua-ketua Polis Negeri


Antara yang hadir

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazri bin Nasir

Ucapan YDH Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM

Ucapan Y.Bhg Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Raja Noor Zaedah binti Raja Ahmad, Pengarah Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam
Sesi soal jawab











YDH
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menyenyampaikan cenderahati kepada
Y.Bhg Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Bergambar kenangan antara PDRM dan JPA
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo