Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tak Sempat Baiki Titi Siman

Published: 11 Jun 2014 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Mat akan ganti baru titi ini apabila dapat gaji polis nanti'. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga saya. Hasrat Allahyarham Mohamad untuk membaiki titi tidak kesampaian. Allah S.W.T lebih ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tak-sempat-baiki-titi-siman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:38 MYT
Bagan Datoh - 2 Mei 2011

"Mat akan ganti baru titi ini apabila dapat gaji polis nanti". Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga saya. Hasrat Allahyarham Mohamad untuk membaiki titi tidak kesampaian. Allah S.W.T lebih menyayanginya ujar Siman bin Sappar, ayah kepada Allahyarham Konst/P 181833 Mohamad bin Siman yang meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Sumbangan yang dihulurkan oleh pihak PPRPD ini akan saya gunakan sebaik mungkin, terutamanya perbelanjaan adik-adik Allahyarham Mohamad yang masih bersekolah", kata Siman di Majlis Tahlil yang dianjurkan oleh pihak PPRPD Malaysia sempena Mesyuarat Bersama Pengerusi PPRPD danz Exco Pusat Bil 1/2011.

Menurut Siman, titi ini telah uzur dan kayu serta papannya telah reput, hanya menanti waktu untuk roboh. Sebab itu Allahyarham Mohamad berjanji akan membaiki titi itu apabila mendapat gajinya setelah berkhidmat sebagai anggota polis.

"Mohamad adalah anak ke enam dalam 11 orang adik beradik. Allahyarham seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya dan tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas kami", tambah Siman  sambil menunjukkan titi usang yang melintasi sebuah parit untuk menuju ke rumahnya.

Majlis Tahlil diadakan di Kampung Tiang, Rungkup, Bagan Datoh, Perak dipimpin oleh SM Basir Abd Samad Ibrahim, Bendahari PPRPD Malaysia serta dihadiri oleh masyarakat setempat.

"Sumbangan ikhlas daripada pihak PPRPD Malaysia, sebagai tanda prihatin persatuan terhadap keluarga Allahyarham Mohamad yang baru sahaja menyertai PDRM telah pergi buat selama-lamanya".

"Ini adalah tanggungjawab persatuan membantu ahli serta keluarga walau dalam apa juga keadaan, kebajikan ahli-ahli mesti diutamakan".

Demikian kata Sub Insp. Jamal Abdullah, Pengerusi PPRPD Malaysia di majlis yang turut dihadiri Sub. Insp. Norraji Rojo, Pengerusi PPRPD Perak merangkap Naib Pengerusi 1 PPRPD Malaysia.

Tak Sempat Baiki Titi Siman
Sub Insp. Jamal Abdullah menyampaikan ucapan di Majlis Tahlil yang diadakan di rumah Allahyarham Konst/P. 181833 Mohamad bin Siman di Kg. Tiang, Rungkup, Bagan Datoh, Perak

Tak Sempat Baiki Titi Siman
Sub Insp. Jamal Abdullah menyampaikan sumbangan kepada Encik Siman Sappar, ayah kepada Allahyarham Konst/P 181833 Mohamad bin Siman

Tak Sempat Baiki Titi Siman
Sub Insp. Norraji Rojo, Pengerusi PPRPD Perak menyampaikan sumbangan kepada Puan Muntiah binti Sa'in , ibu kepda Allahyarham Konst/P 181833 Mohamad bin Siman

Tak Sempat Baiki Titi Siman
Mesra.....Sub Insp. Jamal Abdullah, Pengerusi PPRPD Malaysia, bergambar kenangan bersama masyarakat setempat yang hadir......

Tak Sempat Baiki Titi Siman
Encik Siman bin Sappar bersama isteri Puan Muntiah binti Sa'in dan Exco PPRPD Malaysia melintasi Titi usang dihadapan rumah Encik Siman Sappar di Kg. Tiang, Rungkup, Bagan Datoh, Perak


Wartawan & Jurufoto :    SM Megat Nizar, Unit Penerbitan Pusat Media PDRM
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM