Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tak Abai Tugas Hakiki

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan bina badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sejak 1976 hasil cetusan Deputi Superitendan Roslan Ahmad, dengan gimnasium pertama pasukan itu terletak di Berek Bukit Aman, di sini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tak-abai-tugas-hakiki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:37 MYT

Pasukan bina badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sejak 1976 hasil cetusan Deputi Superitendan Roslan Ahmad, dengan gimnasium pertama pasukan itu terletak di Berek Bukit Aman, di sini.

Selepas 12 tahun iaitu pada 1988, pasukan dan gimnasium bina badan PDRM secara rasminya diperkenalkan oleh Ketua Polis Negara keempat, Tun Hanif Omar.

Di sebalik kejayaan ahli bina badan PDRM mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, ada segelintir pihak mempertikaikannya kerana kononnya pembabitan mereka dalam acara sukan itu mengganggu tugas hakiki sebagai anggota polis.

Naib pengerusi Majlis Sukan PDRM, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata pihak PDRM tidak pernah menghalang anggota untuk menyertai sebarang acara sukan selagi tidak mengganggu tugas mereka.

"Kita tidak pernah halang mereka untuk bersukan selagi tidak mengganggu tugas sebagai anggota polis. Jumlah anggota kita yang menyertai acara sukan di peringkat tertinggi tidak sampai satu peratus dari jumlah polis di negara ini iaitu kira-kira 110,000 anggota," katanya.

Tak Abai Tugas Hakiki
Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM