Seri Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej atau dikenali sebagai Raja Rama IX telah menganugerahkan pingat Knight Grand Cross (First Class) of the Most Honorable Order of the Crown of Thailand kepada mantan Ketua Polis Negara Ke-8, Y.Bhg. Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan.
Penganugerahan
pingat ini adalah pengiktirafan Raja Thailand di atas sumbangan bakti
Tan Sri Musa ke arah peningkatan hubungan dan pengawasan dua hala antara
Malaysia dan Thailand.
Penyematan
pingat telah disempurnakan oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia,
Y.Bhg Thana Duangratana. Majlis telah berlangsung di Dewan Rajaphruek -
Bunga Raya, Kedutaan Thailand di Malaysia.
Hadir
di majlis tersebut ialah Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH
DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah
(Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Abd Rashid
bin Harun, Komander UTK, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, tetamu jemputan
serta pegawai-pegawai Kedutaan Thailand.

Antara Pegawai-pegawai Kanan dan tetamu jemputan yang hadir di Dewan Bunga Raya, Kedutaan Thailand

Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad

Penganugerahan pingat Knight Grand Cross (First Class) of the Most Honorable Order of the Crown of Thailand

Y.Bhg Tan Sri Musa bersama Y.Bhg Thana Duangratana, Duta Besar Thailand

Bersama pingat yang di anugerahkan oleh Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand

Menandatangani Buku Pelawat...

Bergambar Kenangan di Bilik Tetamu...

Bergambar kenangan bersama tetamu jemputan..

Bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai Kedutaan Thailand

Jamuan ringan di kediaman Duta Besar Thailand.
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan