
Artikel
Tahniah Pasukan Layar Pdrm Rangkul Naib Juara Kejohanan Rmsir Ke 33
Tahniah! buat Pasukan pelayaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya merangkul gelaran naib juara (Kategori 6) dalam Kejohanan Regatta Antarabangsa Raja...
Tahniah! buat Pasukan pelayaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya merangkul gelaran naib juara (Kategori 6) dalam Kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) edisi ke-33 yang berlangsung pada 18 hingga 25 November lalu.
RSMIR merupakan kejohanan kapal layar yang tertua di Asia sejak dianjurkan pada tahun 1989 hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ketika baginda bergelar Raja Muda Selangor, ketika itu.