Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tahniah Kepada Ydh Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 10 Mei 2011- Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar selama 2..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahniah-kepada-ydh-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:42 MYT

Bukit Aman, 10 Mei 2011- Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar selama 2 tahun lagi. Lanjutan tempoh perkhidmatan ini juga telah dibuat selepas mendapat persetujuan daripada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Bagi saya tempoh singkat selama 8 bulan memegang jawatan Ketua Polis Negara, tidak membolehkan YDH Tan Sri Haji Ismail untuk melakukan pelan pembaharuan dan rancangan strategik yang menyeluruh. Bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan keprihatinan yang tinggi terhadap bidang tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu beliau termasuk memperkenalkan pelbagai inisiatif dan pendekatan baru seperti konsep 4P yang terbukti memberi impak positif secara langsung kepada gerak kerja serta corak pentadbiran warga PDRM secara keseluruhan." jelas YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berharap sepanjang tempoh pelanjutan ini ianya mampu memberi ruang dan peluang yang mencukupi kepada YDH Tan Sri Haji Ismail untuk terus memberikan khidmat yang terbaik dan berkualiti bukan sahaja untuk kepentingan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi masyarakat dan Negara secara keseluruhannya.

Tambah beliau lagi, dengan penyusunan semula pengurusan dan pentadbiran PDRM ini, saya berharap pasukan PDRM akan mampu menentukan hala tuju yang lebih jelas sekaligus berusaha bersungguh-sungguh bagi membantu menjayakan dasar-dasar penting yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah yang terbukti membawa manfaat yang besar kepada rakyat dan Negara.

"Saya juga berharap, gandingan mantap Tan Sri Ismail bersama timbalannya, Dato' Khalid Abu Bakar yang baru dilantik akan membentuk satu pasukan PDRM yang mampan dan kukuh serta mampu memenuhi aspirasi serta kehendak masyarakat berbilang kaum di Negara ini," akhiri beliau.

Tahniah Kepada Ydh Ketua Polis Negara 
Dari kiri...YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, YB Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar semasa sidang media.
 
Tahniah Kepada Ydh Ketua Polis Negara
YB Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan tahniah kepada YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar selepas selesainya sidang media.

Tahniah Kepada Ydh Ketua Polis Negara
Antara wakil-wakil media yang hadir semasa sidang media.


Wartawan  : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : Konst Raymond bin Martin
Penyunting : Insp. Md Aruwan B. Md Amilah
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM