Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Utk Ke 42

Published: 01 Jan 2017 7.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sempena ulangtahun penubuhan Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-42 tahun, satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan di Masjid Bukit Aman, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahlil-dan-doa-selamat-sempena-ulangtahun-utk-ke-42
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT


Kuala Lumpur, 1 Januari 2017 - Sempena ulangtahun penubuhan Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-42 tahun, satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan di Masjid Bukit Aman, malam tadi.

Majlis diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama pegawai kanan dan anggota dalam pasukan UTK sekaligus merapatkan jalinan ukhuwah di antara satu sama lain.

Komander Unit Tindakhas (UTK), Dato’ Hazani Ghazali dalam ucapannya berkata PDRM amat menghargai sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh UTK dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara dari dulu sehingga kini.

Beliau turut menyarankan para hadirin bersama-sama membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada wira-wira yang terlebih dahulu menghadap Ilahi agar roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan itu juga, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK, Datin Fadziah Abdul Hamid turut memberi sumbangan kepada 34 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.

Majlis turut dihadiri Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Sharifuddin Ab. Ghani, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK) Bukit Aman, Dato’ Azizan Abd Aziz, barisan pegawai kanan dan anggota UTK PDRM.

Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Utk Ke 42
Komander Unit Tindakhas (UTK), Dato’ Hazani Ghazali ketika menyampaikan ucapan


Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Utk Ke 42
Sekitar Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulangtahun UTK Ke-42 di Masjid Bukit Aman


Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Utk Ke 42
Sekitar Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulangtahun UTK Ke-42 di Masjid Bukit Aman


Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Utk Ke 42
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK, Datin Fadziah Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada 34 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia


Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Utk Ke 42
Bergambar kenangan

ArticlePublished 01 Jan 2017 7.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM