Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Syabu Seberat 2 4 Kg Disorok Dalam Alat Adapter Komputer

Diterbitkan: 04 Sep 2014 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang wanita Thailand ditahan bersama sebuah beg berisi adapter komputer riba yang diubah suai untuk menyimpan syabu seberat 2.4 kilogram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-seberat-2-4-kg-disorok-dalam-alat-adapter-komputer
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:34 MYT
Alor Setar, 4 Sept - Seorang wanita Thailand ditahan bersama sebuah beg berisi adapter komputer riba yang diubah suai untuk menyimpan syabu seberat 2.4 kilogram.

Dia ditahan di stesen bas Changlun dekat sini kira-kira 3.20 petang semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan bersama sebuah beg pakaian.

Dia dipercayai sedang menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur.

"Polis pada awalnya mengesyaki suspek membawa adapter yang tidak dibayar cukai. Namun alat itu diapati agak ganjil kerana ada yang berat dan ada yang ringan.

"Setelah adapter itu dibuka, didapati terdapat syabu tersimpan
dalam sebahagian daripada lebih 40 adapter di dalam beg itu.

"Ini merupakan kaedah terbaharu yang digunakan pengedar dadah untuk menyembunyikan dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Anggaran nilai syabu yang dibawa suspek ialah kira-kira RM300,000.

Ahmad berkata siasatan awal juga mendapati wanita berkenaan telah masuk ke negara ini dari Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam sebanyak lapan kali.

"Pihak polis masih menyiasat tujuan dan apakah aktiviti sebenar wanita ini masuk ke Malaysia dan di manakah pasaran dadah ini. Suspek dipercayai masuk ke negara ini seorang diri," tambahnya.

Suspek direman hingga 10 Sept ini. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2014 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM