Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Syabu Hampir Rm1 Juta Dalam Bot Laju

Published: 17 Jun 2014 1.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KOTA KINABALU 16 Ogos - Tindakan seorang lelaki warga Indonesia menyeludup dadah menggunakan sebuah bot laju menyeberangi perairan Tawau ke Pulau Sebatik gagal apabila dia ditahan Polis Marin Tawau, k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-hampir-rm1-juta-dalam-bot-laju
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:42 MYT
KOTA KINABALU 16 Ogos - Tindakan seorang lelaki warga Indonesia menyeludup dadah menggunakan sebuah bot laju menyeberangi perairan Tawau ke Pulau Sebatik gagal apabila dia ditahan Polis Marin Tawau, kelmarin.
 
Dalam serbuan pukul 12.05 tengah hari itu, polis menemui tiga bungkusan yang dibalut kemas dengan kertas dan dalam sebuah beg sandang.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui 60 peket plastik lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki syabu dalam tiga bungkusan tersebut.
 
Katanya, kesemua syabu yang dirampas itu dianggarkan seberat 3.14 kilogram dan bernilai pasaran semasa RM960,000.
 
"Suspek warga Indonesia berusia 20 tahun ditahan di pesisiran pantai Tawau, kira-kira 50 meter dari pantai dan dipercayai memasuki negara ini menerusi pas sempadan.
 
"Dadah jenis syabu itu adalah rampasan terbesar yang diperoleh Polis Marin Sabah tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM