Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Syabu Dua Bilah Pedang Antara Yang Dirampas

Published: 18 Jun 2014 1.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Seremban, 2 Okt – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di Negeri Sembilan. Sinopsis ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-dua-bilah-pedang-antara-yang-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:34 MYT

Seremban, 2 Okt – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di Negeri Sembilan. Sinopsis kejayaan ini bermula setelah tertangkapnya satu lelaki dan satu perempuan melayu bersama 27.9 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM 4,000.00.

Pada 24 September lalu, bertindak di atas maklumat sepasukan anggota polis dari Balai Polis Rahang telah membuat satu serbuan di sebuah rumah berhampiran Blossom Park, Seremban. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis telah menjumpai sebuah beg kecil berwarna hitam yang mengandungi 31 peket plastik disyaki dadah jenis syabu. Pihak polis turut merampas 2 bilah pedang samurai, 2 bilah pisau benet dan sepucuk pistol tiruan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39(A)(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya serta di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Hakisan/Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan
ArticlePublished 18 Jun 2014 1.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM