Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Syabu Bernilai Rm2 Juta Disembunyi Dalam Replika Kuda

Published: 13 May 2016 8.46 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Bukit Aman, 13 Mei – Seorang lelaki warga asing ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bersama 12.1 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM2 juta dalam serbuan di sekitar Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-bernilai-rm2-juta-disembunyi-dalam-replika-kuda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:03 MYT

Bukit Aman, 13 Mei – Seorang lelaki warga asing ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bersama 12.1 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM2 juta dalam serbuan di sekitar Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor petang semalam.

Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff berkata, hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut dibawa masuk ke dalam negara melalui kargo laut.

“Kesemua 28 bungkusan syabu yang dirampas disembunyikan dalam replika kuda bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Lelaki warganegara Nigeria berumur 28 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

Mengikut statistik sepanjang bulan Januari hingga 5 mei 2016, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menangkap seramai 73,494 orang dengan keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM100.94 juta.

Syabu Bernilai Rm2 Juta Disembunyi Dalam Replika Kuda
SYABU BERNILAI RM2 JUTA DISEMBUNYI DALAM REPLIKA KUDA

Syabu Bernilai Rm2 Juta Disembunyi Dalam Replika Kuda
Replika Kuda yang digunakan bagi menyeludup dadah...

Syabu Bernilai Rm2 Juta Disembunyi Dalam Replika Kuda
Syabu yang berjaya dirampas...

Syabu Bernilai Rm2 Juta Disembunyi Dalam Replika Kuda
Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff dalam sidang media beliau..


ArticlePublished 13 May 2016 8.46 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM