Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Syabu 18 Juta Berjaya Dirampas

Published: 19 Jun 2014 4.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
“Sindiket pengedaran dadah ini dipercayai bekerjasama dengan jaringan luar negara bagi tujuan menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia melalui jalan laut”...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-18-juta-berjaya-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:13 MYT
Bukit Aman, 17 April - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang direkodkan antara yang terbesar tahun ini dengan rampasan membabitkan syabu bernilai RM18 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, berkata lima lelaki termasuk seorang warga Singapura berusia 21 hingga 58 ditahan dan Syabu seberat 125 Kilogram dirampas dalam beberapa siri serbuan di Subang Jaya dan Melaka, Selasa lalu.


“Sindiket pengedaran dadah ini dipercayai bekerjasama dengan jaringan luar negara bagi tujuan menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia melalui jalan laut”.

“Taktik yang digunakan sindiket ini untuk mengaburi pihak berkuasa daripada dikesan dengan menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam kontena bersama barang-barang import yang lain,” katanya lagi.

Kesemua mereka telah ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan dibawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis akan terus menyiasat kegiatan sindiket dadah ini bagi tujuan mengenal pasti lain-lain ahli sindiketnya yang masih bebas di luar sana.

Syabu 18 Juta Berjaya Dirampas

Sumber: STING Bukit Aman
ArticlePublished 19 Jun 2014 4.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM