Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Syabas Polis Daerah Cheras Suspek Cuba Rasuah Polisakhirnya Ke Lokap

Published: 20 Oct 2018 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati menggunakan motosikal yang dilaporkan hilang dan terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan tersebut di Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabas-polis-daerah-cheras-suspek-cuba-rasuah-polisakhirnya-ke-lokap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:23 MYT

Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati menggunakan motosikal yang dilaporkan hilang dan terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan tersebut di Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini kelmarin.

Dalam tangkapan pada pukul 5.30 petang itu, polis turut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri motosikal seperti skru, spanar yang telah diubah suai dan kunci tambahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohsein Zon, suspek turut cuba menawarkan wang suapan berjumlah RM15,000 kepada anggota polis bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

Suspek kini ditahan lanjut dan pihak polis telah berjaya menyelesaikan lima kes kecurian motosikal di sekitar Cheras serta Lembah Klang yang mempunyai kaitan dengannya.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.

Syabas Polis Daerah Cheras Suspek Cuba Rasuah Polisakhirnya Ke Lokap

ArticlePublished 20 Oct 2018 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM