Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkembangan Kes Pukul Pekerja Stesen Minyak Suspek Kini Direman Tiga Hari

Diterbitkan: 20 Oct 2018 1.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang lelaki berusia 25 tahun direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja sebuah stesen minyak di Sungkai, Perak pada awal bulan ini yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkembangan-kes-pukul-pekerja-stesen-minyak-suspek-kini-direman-tiga-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:59 MYT

Seorang lelaki berusia 25 tahun direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja sebuah stesen minyak di Sungkai, Perak pada awal bulan ini yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Suspek yang ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, seorang lagi suspek ditahan pada pukul 9.45 malam kelmarin di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Katanya, suspek berusia 40 tahun itu direman bermula semalam sehingga Ahad ini dan akan disiasat mengikut seksyen sama.

Manakala suspek kedua pula ditahan semalam pada pukul 4.15 petang setelah datang ke IPD Tapah untuk menyerah diri. Kedua-dua suspek kini direman untuk membantu siasatan polis.

Berita lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah.

#Ron95KeRon97?

Perkembangan Kes Pukul Pekerja Stesen Minyak Suspek Kini Direman Tiga Hari
ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2018 1.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM